HALAMAN UTAMA > TENTANG KAMI

TENTANG KAMI

Zoo Johor dengan bangganya mengalu-alukan kehadiran anda ke dunia haiwan
yang menakjubkan.
Edit Content

 Pada awalnya, Zoo Johor dikenali sebagai Kebun Binatang yang menempatkan koleksi haiwan peliharaan Almarhum DYMM Sultan Ismail. Pada masa itu, kebun binatang ini menyimpan pelbagai haiwan seperti harimau, beruang pelbagai jenis, monyet, burung, rusa, dan lain-lain. Terletak di dalam kawasan Istana Besar, zoo ini bersambung dengan sebahagian daripada kebun bunga dan juga bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. 

Pembinaan Zoo Johor bermula pada tahun 1934. Pelbagai jenis binatang dari dalam dan luar negara diadakan di sini sebagai hadiah daripada zoo atau taman haiwan luar negara seperti London, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, dan juga dari sahabat-sahabat Almarhum DYMM Sultan Ismail. Ini mencerminkan minat Almarhum DYMM Sultan Ismail dalam penjelajahan dan hubungan diplomatik dengan kerajaan di seluruh dunia. 

Pada 11 April 1962, pentadbiran Zoo Johor diambil alih oleh Kerajaan Johor untuk menjaga dan menguruskan zoo ini. Pada tahun yang sama, Zoo Johor dibuka kepada orang ramai dan sudahpun mempunyai 58 jenis binatang. Koleksi binatang baginda juga terkenal dengan kualiti yang terbaik di rantau Asia. 

Zoo Johor merupakan zoo tertua di Malaysia. Dengan keluasan 11.70 ekar, kini ia mempunyai lebih daripada 100 spesies binatang.

Edit Content

Memberi Perlindungan Kepada
Haiwan-Haiwan Yang Hampir Pupus.

Memberi Kesedaran Kepada
Masyarakat Supaya Sayang
Kepada Haiwan

Menggalakkan Para Pelajar
Mempelajari Dan Mengkaji
Jenis-Jenis Spesis Haiwan

 Menggalakkan Pelancongan Dari Dalam
Dan Luar Negara

Mengenal Rupa Bentuk Dan Gaya Hidup Haiwan Dengan Lebih Dekat

Edit Content

REKREASI
Para Pelawat berpeluang untuk melihat hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semulajadi sambil berehat bersama keluarga.

 

PEMBELAJARAN
 Peluang yang menarik untuk
mempelajari tentang hidupan liar di
samping menghargai alam semulajadi.

 PEMELIHARAAN DAN
PERLINDUNGAN
 Menggalakkan Para Pelajar
Mempelajari Dan Mengkaji Jenis-Jenis
Spesis Haiwan.

KONSERVASI
 Ini merupakan peranan yang penting.
Pemeliharaan ex-situ dilaksanakan
seiring dengan pemeliharaan in-situ.